Gran Turismo ialah permainan simulasi perlumbaan kereta yang dibangunkan oleh Polyphony Digital khas untuk platform permainan video Sony PlayStation sejak permulaan siri konsol permainan tersebut.

Kazunori Yamauchi, bapa Gran Turismo baru-baru ini telah ditemubual oleh GTPlanet dan beliau mengatakan bahawa pasukan pembangun Gran Turismo sedang berbincang untuk membawa permainan video tersebut ke platform PC.

Tiada apa-apa pengesahan rasmi diberikan oleh beliau mengenai bilakah ia boleh dijangka bahawa permainan tersebut akan dilancarkan, tetapi jika ia berlaku, ini akan menjadikan Gran Turismo permainan video eksklusif Sony terbaru yang akan menerima versi PC selepas Horizon: Zero Dawn, God of War, Spider-Man, Death Stranding dan sebagainya.

Sumber: GT Planet

Sohor Kini