Knives Out adalah filem komedi misteri pembunuhan oleh Rian Johsnon yang ditayangkan pada tahun 2019. Dua sekuel kepada filem ini telah dibeli oleh Netflix pada nilai sekitar RM1.86 bilion. Sekuel pertama adalah Glass Onion: A Knives Out Mystery yang sedang ditayangkan di pawagam Amerika Syarikat dan akan disiarkan di Netflix pada 23 Disember akan datang.
Sempena tayangan filem ini, Rian Johnson telah berkongsi perkembangan untuk filem ketiga dengan Deadline.
Rian Johnson mendedahkan yang Knives Out adalah idea filem asli dan beliau tidak mempunyai idea yang rawak yang tersedia untuk dua filem sekuel selepas melakukan perjanjian bersama Netflix. Sebaliknya, beliau akan terus memulakan pembangunan filem ketiga dan dengan sambutan baik pada filem pertama dan harapan yang filem kedua akan diterima orang ramai – beliau sudah tahu bagaimana untuk menulis filem ketiga agar ia berlainan dengan yang pertama dan juga kedua.
Aksiz sudah pun tonton Glass Onion: A Knives Out Mystery, nantikan artikel khas dan ulasan tidak lama lagi.