Black Panther: Wakanda Forever adalah filem kedua Black Panther yang memberi peringatan dan menghormati mendiang Chadwick Boseman. Ia adalah filem MCU terbaik tahun ini, walaupun bukan yang terbaik untuk fasa keempat.

Filem ini ditayangkan di Malaysia pada 10 November 2022, Khamis lepas dan sehingga 13 November filem ini telah berjaya mengutip $2,669,658 iaitu sekitar RM12,146,944. Untuk peringkat dunia filem ini telah berjaya mengutip $331,665,610 iaitu sekitar RM1,509,078,526.

Filem Black Panther: Wakanda Forever cuba mendedahkan dunia Wakanda yang luas dan memfokuskan kepada perkembangan watak dan bagaimana penduduk Wakanda cuba meneruskan kehidupan tanpa raja dan pelindung mereka Black Panther. Ia turut menjadi penutup kepada MCU fasa keempat dan persediaan untuk MCU fasa baharu.

Turut bukan rahsia lagi adalah, filem ini akan menjadi titik permulaan siri TV Ironheart dengan watak Riri Williams.

Baca: Ulasan Black Panther: Wakanda Forever – MCU Fasa 4 Selamanya Hambar

Sohor Kini