Penerbit Eksekutif Marvel Studios, Nate Moore mendedahkan yang Disney dan Marvel sedang membangunkan pelbagai projek siri TV memfokuskan dunia Wakanda. Dengan filem Black Panther: Wakanda Forever mula ditayangkan, ia memperkenalkan Talokan iaitu dunia “Atlantis” MCU yang diketuai oleh Namor. Jadi pelbagai potensi untuk dunia Wakanda dikembangkan lagi dan disampaikan dalam pelbagai kisah.

Antara yang sudah lama dalam perancangan adalah siri TV yang memfokuskan Okoye, yang mungkin akan menceritakan kisah latar belakang beliau serta pasukan tentera Dora Milaje. Ada juga siri TV dalam perancangan memfokuskan watak baharu sepenuhnya.

Kesemua siri TV ini akan dihasilkan bersama-sama dengan studio Ryan Coogler, Proximity Media. Coogler adalah pengarah dan penulis bagi kedua-dua filem Black Panther. Pelbagai idea boleh dihasilkan dengan filem Black Panther: Wakanda Forever untuk menerokai World of Wakanda.

Walau bagaimanapun, semua ini adalah perancangan sahaja. Ryan Coogler juga tidak pasti jika beliau akan kekal menjadi pengarah dan penulis untuk projek-projek MCU akan datang. Sama-sama kita nantikan.

Baca: Ulasan Black Panther: Wakanda Forever – MCU Fasa 4 Selamanya Hambar

Sohor Kini