Skip to main content

Puma telah mengumumkan kolaborasi dengan The Pokmeon Company untuk hadir dengan koleksi pakain berdasarkan IP terkenal tersebut. Melalui kerjasama ini, mereka hadir dengan kasut dan juga pakaian berdasarkan pelbagai Pokemon kegemaran seperti Pikachu, Bulbasaur, Charmander dan Squirtle.

Bagi koleksi kasut, mereka hadir dengan Puma Slipstream berdasarkan Charmander bersama dengan Puma Suede dan Rider FV berdasarkan Pikcahu, Bulbasaur dan Squirtle dengan pelbagai karya tersembunyi disertakan di kasut.

Selain itu, turut ditawarkan bersama adalah Tshirt, crews, hoodies, jaket dan juga sweatpans. Selain itu terdapat juga aksesori seperti beanies dan beg galas tepi. Barangan ini boleh didapatkan di kedai-kedai Puma di KLCC, Pavilion KL, Sunway Pyramid, Queensbay Mall, Mid Valley, Tropicanan Garden, I-City, Paradigm JB, Genting Sky Avenue, Atmos KL, SoleWhat dan JD Sports bermula pada 12 November 2022.

Leave a Reply