Battlefield Mobile Kini Boleh Dimuat Turun Untuk Pengguna Android

Pada September tahun lepas, EA telah memulakan sesi akses awal untuk Battlefield Mobile dengan beberapa negara seperti Indonesia dan Filipina terlibat, namun pada waktu itu, Malaysia masih tidak terpilih.

Kini, Battlefield Mobile sudah boleh dimuat turun untuk pengguna Android di Malaysia. Anda boleh melakukannya melaui Play Store. Oleh kerana ini adalah masih di peringkat akses awal, kemungkinan tidak semua pengguna dan telefon dapat memuat turunnya.

Berdasarkan penyenaraian di Play Store, Battlefield Mobile akan menyertakan mod dan juga peta yang sudah menjadi kebiasaan untuk siri Battlefield dan juga yang baharu khusus untuk versi mudah alih.

Battlefield terkenal dengan pertempuran skala besar di mana sebelum ini ia menyokong sehingga 64 pemain serentak, dan 128 pemain untuk Battlefield 2042, di dalam Battlefield Mobile mereka menjanjikan perkara yang sama akan tetapi tidak disahkan jumlah kesemuannya.

Sohor Kini