Star Wars: The Acolyte adalah satu lagi siri TV sampingan dunia Star Wars yang akan disiarkan di Disney+. Ia adalah sebuah kisah misteri yang mendedahkan kegelapan di angkasa.
Ia akan berlaku di penghujung zaman High Republic menekankan acolyte. Apa itu? Kalau anak murid Jedi adalah Padawan, acolyte boleh dikatakan ”padawan” kepada Sith Lord berpengalaman.
Deadline sebentar tadi melaporkan yang Lee Jung-jae akan menjadi antara pelakon utama lelaki dalam siri TV ini. Beliau adalah 465 dalam Squid Game, di mana selepas siri TV ini disiarkan nama Lee Jung-jae semakin popular, anugerah dimenangi dan tawaran lakonan yang hebat diterima.
Leslye Headland akan menjadi pengarah, penulis dan penerbit untuk siri TV ini. Amandla Stenberg dan Jodie Smith-Turner turut pernah dilaporkan akan berlakon dalam siri TV ini memainkan watak penting.
Watak lakonan Lee masih dirahsiakan lagi. Butiran lanjut dan tarikh siaran juga masih tidak jelas. Terus ikuti kami untuk maklumat lanjut.