Brahmastra Part One: Shiva adalah filem adiwira baharu Bollywood yang akan ditayangkan di India pada September lepas. Filem ini adalah filem dalam dunia adiwira terbaru India, Astraverse dan terdapat tiga filem secara keseluruhan.
Filem pertama dalam Astraverse ini akan memfokuskan watak Shiva lakonan Ranbir Kapoor, iaitu seorang jejaka muda yang sedang jatuh cinta pada Isha lakonan Alia Bhatt. Tetapi tanpa Shiva ketahui, beliau mempunyai kaitan dengan Brahmāstra dan memiliki kuasa api luar biasa yang dahsyat dan tidak memahaminya. Perkara ini memutarbelitkan hidup beliau. Filem ini kini boleh ditonton di Disney+ Hotstar.
Dalam dunia Astraverse, terdapat masyarakat rahsia Brahmānsh yang sudah generasi demi generasi melindungi pelbagai senjata suci yang digelar Astras dan disembunyikan dari mata dunia. Astras paling merbahaya iaitu Brahmāstra telah bangkit dan mengugut untuk memusnahkan dunia.
Tonton Brahmastra Part One: Shiva di Disney+ Hotstar.
Pengarah dan penulis filem ini adalah Ayan Mukerji, filem ini dikatakan adalah filem termahal dalam sejarah Bollywood setakat ini, ia dihasilkan oleh Star Studios, Dharma Productions, Prime Focus dan Starlight Pictures. Antara pelakon dalam filem ini adalah Ranbir Kapoor, Amitabh Bachchan, Alia Bhatt dan Shah Rukh Khan.