Wizards of the Coast telah mengumumkan yang penambahan seterusnya untuk Magic: The Gathering adalah The Brothers War yang akan dilancarkan pada 18 November 2022. Ia adalah set kedua daripada empat untuk penceritaan Phyrexian menyertai Dominaria United yang dikeluarkan pada bulan September lepas.
Penambahan ini akan menyertakan 287 kad baharu, termasuk juga kad Universes Beyond iaitu Transformers. Antara kad yang pemain boleh dapat adalah Optimus Prime dan juga Megatron bersama dengan pelbagai watak-watak transformers yang lain.
Kad Land pula akan membawa rekaan yang berdasarkan penceritaan seperti kawasan menarik dan juga robot-robot besar yang bertempur di bawa Urza dan Mishra ketika peperangan.
Beberapa kad lama juga akan dihasilkan semula dan di dalam Commander Deck, setiap kad akan mempunyai bingaki retor sebagai kenangan kepada gaya rekaan seperti dahulu.
Antara mekanik yang akan tiba melalui penambahan ini adalah Powerstones iaitu token artifak yang tidak berwarna yang boleh digunakan untuk mana tambahan tetapi tidak boleh digunakan untuk spell yang bukan artifak.
Seterusnya adalah Prototype yang akan memberi kos alternatif kepada Giant Mech, di mana pemain boleh menurunkan kad tersebut dengan kos yang lebih rendah tetapi dengan kuasa yang berkurangan. The Brothers War juga membawa kmebali mekanik Meld yang membolehkan dua kad digabungkan dan Unearth yang membolehkan kad kembali dari graveyard tetapi akan di exile pada akhir pusingan.
The Brothers’ War akan ditawarkan dengan pilihan Draft Boosters, Set Boosters, Collector Boosters, Jumpstarts Boosters, dan Commander Deck. Bagi pemain di Malaysia dengan setiap pembelian RM450 ataupun lebih, berpeluangt untuk dapatkan Token edisi terhad Contruct ataupun Urzan Automaton, ia adalah sambungan kepada token khas yang dikeluarkan di penambahan sebelum ini dan juga akan datang.
Anda boleh melakukan pra-tempahan, pembelian ataupun maklumat lanjut di pengedar rasmi Magic: The Gathering di Malaysia yang boleh dicari di pautan ini.