Pathaan adalah filem solo baharu lakonan Shah Rukh Khan, selepas sekian lama tidak berlakon sebagai watak utama dalam filem sendiri. Kali terakhir adalah Zero yang ditayangkan pada tahun 2018. baru-baru ini beliau telah menjadi cameo dalam filem Laal Singh Chaddha dan Brahmastra Part One: Shiva.
Pathaan adalah sebuah filem perisikan dengan aksi yang dahsyat dalam dunia Aditya Chopra seperti Tiger (Salman Khan, Katrina Kaif) dan War (Hrithik Roshan, Tiger Shroff). Tiada jalan cerita didedahkan lagi untuk filem ini, tetapi dikatakan akan menjadi penanda aras baharu untuk filem aksi di India.
Anda boleh tonton treler acah di bawah;
Dalam video, ia dilihat Shah Rukh Khan akan menjadi seorang wira seakan filem Mission Impossible. Pelbagai aksi gempak diperlihatkan termasuk dengan CGI hebat dan aksi bersama jetpack.
Filem ini turut akan menyertakan pelakon seperti Deepika Padukone dan John Abraham. Pathaan dijadualkan untuk ditayangkan pada 25 Januari 2023 akan datang.