20th Century Studios hari ini telah berkongsi treler baharu untuk Avatar: The Way of Water yang akan mula ditayangkan pada 15 Disember 2022. Ini adalah treler penuh pertama selepas menerima treler acah pada bulan Mei lepas.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Filem ini berlaku lebih sedekad daripada filem yang pertama, dan sekali lagi memfokuskan kepada watak Jake Sully bersama dengan Neytiri yang kini sudah mempunyai anak. Treler memperlihatkan bagaimana mereka bersama di dalam menghadapi satu peperangan.

Sebelum ini dilaporkan yang Avatar: The Way of Water akan mempunyai durasi sehingga 3 jam 10 minit iaitu lebih panjang berbanding filem pertama.

Sohor Kini