Enchanted adalah filem fantasi komedi yang ditayangkan pada tahun 2007 lakonan Amy Adams sebagai Giselle, Patrick Dempsey sebagai Robert Philip dan James Marsden sebagai Prince Edward. Ia mengisahkan Giselle dari dunia fantasi animasi Andalasia yang masuk ke dunia sebenar untuk mencari pasangan hidup yang berbeza dengan dunia fantasi.

Kini selepas 15 tahun, filem ini menerima sekuel – Disenchanted.

Dalam sekuel ini, ia dilihat menggunakan tema yang Disney biasa gunakan – iaitu protagonis wanita menjadi jahat kerana inginkan hajat beliau menjadi realiti seperti dalam WandaVision dan Doctor Strange in the Multiverse of Madness.

Kali ini Giselle dan Robert telah bahagia dengan seorang bayi serta anak Robert iaitu Morgan. Mereka baru berpindah ke bandar kecil Monroeville, Giselle mula rasa tidak selesa dan menginginkan kehidupan bahagia dunia fantasi beliau semula. Tambahan di Monroeville, terdapat “ratu jahat” iaitu ketua komuniti yang selalu dengki – Malvina Monroe.

Prince Edward dan Nancy turut menziarahi Giselle dan apa yang beliau lakukan bukan sahaja menjadikan dunia sebenar dalam bahaya tetapi turut di Andalasia. Disenchanted akan disiarkan di Disney+ pada 18 November akan datang.

Sohor Kini