Nampaknya bukan filem The Animal sahaja akan menerima sekuel, tetapi Dodgeball: A True Underdog Story yang ditayangkan pada tahun 2004 turut ada potensi untuk hadir dengan filem sekuel. Adakah sekuel filem komedi klasik akan menjadi trend?

Dodgeball: A True Underdog Story adalah filem mengenai dua pemilik gim yang bersaing, satu milik Peter La Fleur dan satu lagi oleh White Goodman. Mereka kemudian bertanding dalam sukan dodgeball.

Justin Long antara pelakon asal dalam Dodgeball menyatakan beliau berminat untuk kembali berlakon sebagai Justin. Vince Vaughn yang berlakon sebagai Peter La Fleur turut berminat, malah sudah mempunyai idea yang lucu untuk filem sekuel.

Apa yang menghalang filem sekuel ini diteruskan adalah Ben Stiller, yang memainkan watak White Goodman. Vaughn ingin Stiller luluskan idea beliau dan kembali berlakon sebagai watak asal. Justin ada menyatakan, Stiller mungkin tidak minat akan filem sekuel kerana tidak ingin memusnahkan sebuah filem yang pada mereka sudah baik. Tetapi Vaughn mungkin boleh meyakinkan Stiller.

Ben Stiller turut sedang sibuk dengan Severance musim kedua di Apple TV+, dengan penggambaran baru bermula. Jadi tidak pasti jika sekuel Dodgeball akan menjadi.

Sohor Kini