Skip to main content

Filem Avatar yang ditayangkan pada tahun 2009 sehingga hari ini masih lagi filem dengan kutipan tertinggi dalam sejarah. Filem ini telah berjaya mengutip $2,847,397,339 iaitu sekitar RM12,962,776,385. Filem ini juga adalah antara yang pertama memenangi anugerah Oscar untuk sinematografi kamera digital terbaik.

Keunikan filem ini adalah ketika ia ditayangkan ia hadir dengan format 3D, yang mana jika kita lihat penawaran di pawagam sekarang sudah tidak banyak filem 3D. Ini bukan bermakna filem 3D sudah mati, kerana ia kini adalah pilihan kepada penonton ingin tonton dalam format apa. Konsep filem 3D sudah lama dan tidak ramai boleh menerimanya lagi.

Untuk tayangan semula filem Avatar di pawagam pada 23 September nanti, James Cameron ingin semua orang saksikan semula filem ini dalam pawagam dengan pengalaman menonton yang lebih imersif dan membuatkan semua kembali teruja. Oleh yang demikian, filem ini telah dipulih semula dan disunting kembali dalam format lain.

Bagi yang dulu tidak pernah tonton dalam format 3D, anda kelak boleh saksikan filem ini dalam bentuk 4K, HDR dan IMAX. Bukan itu sahaja, beberapa adegan turut diolah menjadi 48 FPS untuk pergerakan yang lebih lancar.

Untuk filem Avatar kedua iaitu Avatar: The Way of Water, masih tidak pasti jika James Cameron akan tawarkan dalam bentuk 3D atau terus menawarkan format yang kini lebih ramai selesa iaitu 4K, IMAX dan HDR. Sama-sama kita nantikan.

Informasi ini adalah daripada sidang media yang Aksiz sertai bersama James Cameron dan para pelakon filem Avatar.

Leave a Reply