Halloween Ends adalah filem terakhir dalam francais Halloween, iaitu filem ke-13 selepas 44 tahun sejak filem pertama pada tahun 1978. Ramai sangkakan sebagai filem terakhir, ia akan memfokuskan kepada Laurie Strode dan pembunuh bersiri mistik yang tak mati-mati iaitu Michael Myers atau Boogeyman – tetapi tidak.

Sebaliknya filem ini memfokuskan kepada watak baharu, iaitu Corey dengan penamilan Laurie dan Michael yang singkat sahaja. Terkini, pengarah filem ini iaitu David Gordon Green menjelaskan sebabnya.

Beliau menyatakan pada awalnya, tiada niat pun ingin menyertakan Laurie dan Michael – tetapi hanya ingin satu filem penamat dengan seorang hidup dan seorang mati dengan penceritaan yang tidak dapat dijangka oleh penonton iaitu kisah cinta.

Disebabkan itu Halloween Ends memfokuskan kepada kisah cinta Allyson (cucu Laurie) bersama Corey (antagonis baharu) dengan penceritaan bagaimana seorang psikopat “dilahirkan” tanpa mengulangi kisah asal-usul Michael. Idea Green turut dipersetujui oleh John Carpenter pengarah filem Halloween pertama.

David Gordon Green turut akan menjadi pengarah dan penulis filem The Exorcist baharu.

Baca: Ulasan Halloween Ends: Penceritaan Yang Baik, Tapi Tidak Memuaskan

Sohor Kini