Tahun lepas, terdapat laporan menyatakan filem Saw X iaitu filem Saw ke-10 sedang dibangunkan. Terkini, terdapat perkembangan mengenai pembangunan filem ini.

Saw X dikatakan akan diarahkan oleh Kevin Greutert iaitu pengarah filem Saw VI, Saw 3D dan penyunting Saw, Saw II, Saw III, Saw IV, Saw V serta Jigsaw. Filem ini dijadualkan untuk ditayangkan pada 27 Oktober 2023.

Tiada sebarang jalan cerita didedahkan lagi, tetapi apa yang mengejutkan adalah filem ini akan mengembalikan watak John Kramer atau Jigsaw lakonan Tobin Bell sebagai dalang di sebalik perangkap yang menyeksakan ini.

Kita semua sudah tahu yang John Kramer sudah mati. Filem Jigsaw dan Spiral juga berlaku bertahun selepas kematian Kramer. Ini bermakna, filem ini mungkin akan menggunakan konsep lebih kurang sama dengan Jigsaw atau Saw IV dan V memperlihatkan pewaris beliau meneruskan aksi kejam ini dengan adegan masa silam ketika beliau mendidik mereka.

Sohor Kini