Steam kini mencatatkan rekod terbaru, dimana platform tersebut kini mencatatkan pengguna serentak mencapai 30 juta pengguna buat pertama kalinya.

Melalui angka yang dicapai, Steam mencapai lebih 30 juta pemain serentak pada platform tersebut – yang turut memperlihatkan angka pemain di PC turut meningkat dari hari ke hari.

Sebelum ini, Steam mencatatkan pengguna seramai 20 juta pada tahun 2020, dan ia mengambil masa sekitar 2 tahun untuk menambah 10 juta pengguna.

Dengan perkembangan positif ini, kita mungkin melihat Steam sekali lagi mencatatkan rekod tersendiri pada musim cuti hujung tahun 2022 ini.

Sohor Kini