Skip to main content

SteamDB iaitu laman yang memantau aktiviti di Steam, melaporkan yang Steam telah mencatat jumlah pengguna serentak yang log masuk ke Steam tertinggi dalam rekod mereka iaitu sebanyak 20.3 juta akaun, manakala 6.3 juta pemain sedang bermain, ia dicatat pada Ahad lepas.

Perkara ini berkemungkinan besar disebabkan wabak koronavirus ataupun Covid-19 yang masih tidak reda, orang ramai telah digalakkan untuk menjauhi daripada keluar daripada rumah tanpa sebab yang penting, bahkan beberapa negara seperti Itali menghalang terus.

Dengan pelbagai industri lain terjejas akibatnya, tidak kira filem, sukan dan pelancongan, sekurang-kurangnya industri permainan video masih mempunyai alternatif secara digital.

Leave a Reply