Julai lalu, telah kami laporkan yang pencipta Stranger Things iaitu The Duffer Brothers akan mengolah semula Death Note dalam bentuk siri aksi nyata di bawah studio baharu mereka Upside Down Pictures. Siri TV ini akan menjadi kandungan eksklusif di Netflix.

Deadline baru-baru ini melaporkan yang siri TV aksi nyata baharu Death Note sudah menemui penulis – iaitu Halia Abdel-Meguid. Abdel-Meguid adalah seorang yang minat manga dan juga fasih berbahasa Jepun kerana banyak menghabiskan masa di negara sana.

Beliau turut akan menjadi penerbit eksekutif, dan menjadi penasihat untuk skrip siri TV The Talisman yang diadaptasi daripada novel Stephen King dan Peter Straub. The Talisman juga merupakan salah satu projek di bawah Upside Down.

Sohor Kini