Ogos lalu, telah kami laporkan yang filem R.I.P.D akan menerima sekuel iaitu R.I.P.D. 2: Rise of the Damned. Filem pertama ditayangkan pada tahun 2013 dengan Ryan Reynolds dan Jeff Bridges sebagai pelakon utama yang memainkan watak polis mati yang hidup kembali untuk memburu hantu dan raksasa.

Filem baharu ini nampaknya bukan sekuel, sebaliknya adalah prekuel yang memfokuskan watak Roy Pulsipher seorang polis di zaman Old West. Dalam filem ini Wild West telah menjadi huru-hara kerana diserang oleh pelbagai jenis hantu, setan, raksasa kerana makhluk-makhluk ini berjaya membuka portal.

Roy yang mati dibunuh sangkakan beliau dapat menziarahi anak dan menyiasat kes pembunuhan beliau, namun huru-hara hantu dan raksasa ini adalah lebih penting demi keamanan dunia. Roy turut dipadankan dengan Jeanne seorang wanita misteri pakar pedang. Roy dilakonkan oleh Jeffrey Dinivan (Sicario, Sicario 2) dan Jeanne pula oleh Penelope Mitchell (Hellboy 2019, Star Trek: Picard).

Filem ini tidak akan ditayangkan di pawagam, tetapi hanya akan tiba dalam bentuk digital dan Blu-Ray untuk pasaran tertentu. versi digital akan tiba pada 15 November nanti.

Sohor Kini