Filem R.I.P.D atau Rest in Peace Department adalah filem yang dihasilkan berdasarkan komik dengan judul sama karya Peter M. Lenkov pada tahun 1999. Filem ini ditayangkan pada tahun 2013 dengan Jeff Bridges dan Ryan Reynolds sebagai pelakon utama.

Filem ini mengisahkan seorang detektif iaitu Nick Walker lakonan Ryan Reynolds yang sudah mati. Beliau hidup kembali sebagai hantu dan direkrut oleh ketua polis yang sudah mati menjadi polis untuk memburu hantu yang mengganas.

Filem ini tidak menerima sambutan yang baik dengan pengkritik juga memberi ulasan yang negatif. Terkini filem ini dilaporkan akan menerima sekuel, R.I.P.D. 2: Rise Of The Damned. Ia akan diarahkan oleh Paul Leyden dan Richard Fleeshman, Jake Choi, Kerry Knuppe, serta Stephanie Levi-John sebagai barisan pelakon filem ini. Tetapi nama Ryan Reynolds dilihat tidak disenaraikan dalam filem ini.

Filem ini akan ditawarkan melalui platform penstriman oleh Universal Pictures Home Entertainment. Berdasarkan laman IMDB, filem ini sudah pun dilabelkan sebagai siap dan hanya menanti tarikh siaran sahaja.

Sohor Kini