Apple telah mengumumkan generasi baharu untuk Apple TV 4K, lebih setahun selepas pelancaran generasi kedua pada awal tahun lepas. Ia juga menyertakan satu naik taraf yang besar iaitu menggunakan cip A15 Bionic berbanding A12 Bionic sebelum ini.

Bagi penawaran pengalaman tontonan yang terbaik, Apple TV 4K kini menyokong HDR10+ bersama dengan 4K Dolby Vision dan juga Dolby Atmos. Seperti biasa, ia memerlukan penggunaan TV ataupun monitor yang menyokongnya.

Remote untuknya juga kini dikemaskini dengan menggunakan USB-C untuk pengecasan berbanding Lightning sebelum ini.

Apple TV 4K ditawarkan dengan dua pilihan iaitu Wi-Fi sahaja, 64GB storan dengan harga RM699 atau Wi-Fi + Ethernet dengan 128GB storan dengan harga RM799. Buat masa ini, tarikh pelancaran tidak diumumkan lagi.

Sohor Kini