Siri BoBoiBoy ialah antara kejayaan industri animasi negara kerana berjaya dieksport ke luar negara dan ditayangkan di platform antarabangsa Disney dan Netflix. Nizam Razak yang merupakan pencipta siri ini dan juga pengasas studio Monsta berkongsi maklumat yang agak menarik menerusi akaun Twitter beliau hari ini.

Menurut Nizam, apabila idea watak Yaya yang berhijab dikongsi yang dengan Laura Wendt, pengurus besar Disney Channel Asia beliau mendapat galakan meneruskan idea ini kerana melihat ianya sebagai keunikan animasi dari rantau ini. Tetapi beliau terkilan apabila BoBoiBoy cuba dipasarkan ke negara dengan majoriti Muslim pula, idea ini ditolak dan akibatnya watak Hanna yang tidak bertudung menggantikannya.

Oleh sebab itu apabila siri Mechamato diterbitkan oleh Monsta, beliau bertekad tidak akan mengubah idea asal dan oleh sebab itulah watak Mara yang berhijab serta berkerusi roda dapat dilihat dalam siri ini. Siri ini mendapat sambutan yang baik dari penonton Jepun kerana hadir dengan audio bahasa tempatan.

Pengajaran dari ciapan hari ini ialah idea tempatan mungkin lebih mudah diterima oleh orang luar kerana melihatnya unik serta inklusif.

Sohor Kini