Semasa siri animasi Mechamato dilancarkan, ia disiarkan secara eksklusif hanya di Cartoon Network. Pada bulan Mac tahun ini, siri prekuel BoBoiBoy ini mula disiarkan di Cartoon Network Jepun dengan pelakon suara oleh pelakon daripada anime Demon Slayer, permainan Genshin Impact, Naruto dan banyak lagi.

Klip bahasa Jepun yang dikongsi nampak sangat menarik dan memberi pengalaman menonton seakan menonton anime-anime popular. Pada 1 Oktober akan datang, Mechamato akan disiarkan di Netflix dan menariknya mereka yang berminat dengan bahasa Jepun akan dapat menikmatinya juga nanti.

Sohor Kini