Naked Gun adalah filem komedi loklak (slapstick) mengisahkan detektif Frank Drebin lakonan Leslie Nielsen. Filem ini bermula pada tahun 1988 dan diteruskan dengan sekuel pada 1991 dan 1994. Bulan Februari lalu, telah kami laporkan yang filem ini akan diolah semula dan antara pelakon pilihan adalah Liam Neeson.

Laporan terkini The Hollywood Reporter, menyatakan yang filem ini telah pun menerima pengarah iaitu Akiva Schaffer. Schaffer sebelum ini telah mengarah filem Chip ‘n Dale: Rescue Rangers yang disiarkan di Disney+. Olahan semula Naked Gun ini dikatakan adalah filem untuk Paramount.

Liam Neeson seperti yang dilaporkan sebelum ini telah dipilih oleh Seth MacFarlane, yang turut akan menjadi penerbit bersama-sama dengan Erica Huggins melalui studio Fuzzy Door.

Sohor Kini