Siapa ingat akan filem komedi klasik The Naked Gun tahun 1988? Ia adalah francais filem komedi loklak (slapstick comedy) mengisahkan seorang detektif Frank Drebin lakonan Leslie Nielsen. Filem ini menerima pujian yang baik sehinggakan terdapat dua sekuel pada tahun 1991 dan 1994.

Kini selepas 24 tahun filem ini dikeluarkan, Liam Neeson menyatakan beliau telah dipilih oleh Seth MacFarlane (pelakon komedi, pencipta Family Guy) dan Paramount Studios untuk berlakon dalam filem olahan semula Naked Gun.

Kenyataan ini diberikan kepada People dalam temuramah mengenai pendapat beliau yang sudah memasuki usia 69 tahun sebagai pelakon filem aksi. Liam turut menambah, yang filem aksi adalah perkara yang beliau suka – lebih-lebih lagi jika skripnya bersesuaian dengan diri beliau.

Maklumat lanjut mengenai filem olahan semula Naked Gun ini masih belum didedahkan. Tetapi agak menarik untuk melihat Liam Neeson sebagai Detektif Frank Drebin dalam suasana komedi loklak.

Sohor Kini