The School for Good and Evil adalah filem fantasi baharu Netflix yang diadaptasi daripada buku dengan judul sama oleh Soman Chainani. Filem ini mengisahkan pasangan kawan baik Sophie (Sophia Anne Caruso) dan Agatha (Sofia Wylie) yang termasuk ke dunia fantasi yang dipenuhi dengan pelbagai watak fiksyen dan legenda seperti King Arthur, Cinderella dan ramai lagi.

Sophie dan Agatha kemudiannya masuk ke sekolah The School for Good and Evil, di mana pelajar di sana akan ditentukan akan menjadi baik atau jahat. Treler baharu kini dikongsi dan anda boleh tonton di bawah;

Dalam treler baharu, ia memperlihatkan lagi bagaimana Sophie yang pada asalnya baik, lemah dan tidak bersalah berubah menjadi jahat dan ahli sihir. Sementara Agatha kawan baik beliau cuba untuk membawa Sophie kembali ke jalan sebenar. Treler ini turut memperlihatkan penglibatan raksasa dan satu pertempuran bakal berlaku antara dua sahabat. Cikgu-cikgu dalam filem ini turut mungkin rasa bersalah, kerana mungkin mereka tersilap memilih pelajar.

Filem ini akan disiarkan di Netflix pada 19 Oktober akan datang. Bagi yang meminati Harry Potter, ini mungkin satu alternatif yang menarik untuk cuba tonton.

Sohor Kini