Bulan April lalu, James Wan dilaporkan akan hadir dengan sebuah filem seram baharu M3GAN yang lain berbanding karya beliau yang pernah ditayangkan. Treler pertama bagi filem ini kini boleh ditonton;

Gemma adalah seorang pakar robot yang bekerja untuk sebuah syarikat mainan, tetapi sentiasa sibuk. Satu hari kemalangan berlaku pada ibu bapa Cady, iaitu anak saudara beliau dan Gemma telah dijadikan sebagai waris untuk menjadi penjaga. Oleh kerana kerja, beliau tugaskan M3GAN sebuah robot pengasuh dengan kecerdasan buatan untuk menjadi penjaga Cady dan teman kepada ibu bapa.

M3GAN adalah antara projek ciptaan Gemma. Arahan yang amat ringkas, iaitu menjaga Cady dari segi emosi dan fizikal – tetapi robot ini mengambil arahan itu terlampau serius dengan marah sedikit atau teguran ia menjadi ganas demi melindungi Cady. Malah ia terlampau ganas sehingga mula membunuh.

Filem ini diarahkan oleh Gerard Johnstone (Housebound), dengan skrip oleh Akela Cooper (Malignant) terbitan James Wan dan Blumhouse. M3GAN dilihat sebagai satu patung membunuh seram seakan Annabelle dan juga seakan satu olahan patung “Chucky” dalam filem Child’s Play 2019.

Ia akan ditayangkan pada 13 Januari 2023. Tetapi tidak pasti akan ditayangkan di Malaysia ataupun tidak.

Sohor Kini