James Wan cukup pakar dalam menghasilkan filem seram. Antara karya beliau yang popular adalah francais Saw dan filem-filem dalam dunia Conjuring. Sejak kebelakangan ini James Wan ada menyatakan beliau ingin cuba sesuatu yang baru, contohny adalah filem seperti Malignant.

Terkini beliau akan hadir dengan satu filem seram baharu berjudul M3GAN. Ia boleh dikatakan seakan satu konsep Annabelle lebih moden dan juga seakan filem olahan semula Child’s PLay 2019 dengan Chucky dilakonkan oleh Mark Hamill.

M3GAN adalah robot yang dihasilkan oleh syarikat mainan. Robot ini dikuasakan dengan kecerdasan buatan dan dibina untuk menjadi teman kepada kanak-kanak dan rakan baik ibu bapa. Filem ini akan memfokuskan kepada Gemma, iaitu pakar robot yang bertanggungjawab membina M3GAN.

Selepas Gemma menerima hak jagaan anak saudara beliau menjadikan robot versi prototaip sebagai penjaga.  Allison Williams akan berlakon sebagai Gemma sementara pelawak Ronny Chieng juga akan terlibat.

Filem ini adalah kerjasama di antara Jason Blum di bawah Blumhouse dan James Wan di bawah Atomic Monster. Gerard Johnstone adalah pengarah dan filem ini ditulis oleh Akela Cooper. Ia akan ditayangkan pada 13 Januari 2023 akan datang.

Sohor Kini