Filem pembunuhan misteri yang pada aku masih menarik dan seronok untuk ditonton adalah Murder on the Orient Express yang ditayangkan pada tahun 2017. Ia adalah filem memfokuskan kepada watak Inspektor Hercule Poirot lakonan Kenneth Branagh. Filem ini diteruskan dengan Death on the Nile yang ditayangkan pada tahun ini.

Kedua-dua filem ini diadaptasi daripada novel genre sama karya Agatha Christie dan kini Kenneth Branagh bakal kembali dengan filem ketiga pula iaitu A Haunting in Venice. Kali ini ia diadaptasi daripada novel Hallowe’en Party.

Berlaku selepas perang dunia kedua, menceritakan kisah misteri pembunuhan yang lebih menyeramkan. Hercule Poirot sudah pun pencen dan sedang berehat dan telah hadiri satu acara menyeru orang mati di sebuah bangunan yang menyeramkan. Secara tiba-tiba salah seorang peserta acara ini mati, beliau memulakan kepakaran menyiasat.

Kali ini pelakon yang akan terlibat adalah Kyle Allen, Camille Cottin, Jamie Dornan, Tina Fey, Jude Hill, Ali Khan, Emma Laird, Kelly Reilly, Riccardo Scamarico dan Michelle Yeoh. Michael Green akan kekal sebagai pengarah dan penulis, serta penggambaran sudah pun dimulakan di Pinewood Studios.

Sohor Kini