BiliBili yang tiba secara rasmi di Malaysia pada bulan Julai lepas telah mengumumkan judul-judul anime baharu yang akan tiba sepanjang akhir tahun ini, yang juga boleh dikatakan anime Musim Luruh. Mereka mengatakan terdapat lebih 30 anime baharu dan 15 daripadanya adalah eksklusif di platform mereka.

Anime eksklusif yang akan tiba antaranya adalah Reincarnated as a Sword, Shinobi no Ittoki, The Little Lies We All Tell, LOVE FLOPS, The Eminence in Shadow, Uzaki-chan Wants to Hang Out! Season 2, dan Immoral Guild.

Selain itu, bermula pada 1 Oktober lepas, Spy x Family juga telah kembali dengan bahagian kedua untuk musim pertama ini. Ia juga boleh ditonton di Netflix. Selain itu, terdapat juga Urusei Yatsura iaitu siri anime olahan semula kepada siri berjudul sama yang dikeluarkan pada tahun 1978.

Ia adalah anime berdasarkan manga oleh Rumiko Takahashi yang terkenal dengan Ranma 1/2 dan Inuyasha. Buat masa ini, masih tiada tarikh untuk siaran bermula.

Berikut adalah antara anime yang akan tiba termasuk juga tarikh dan masa;

  • I’m the Villainess, So I’m Taming the Final Boss – September 24,
    9:30 pm
  • Mobile Suit Gundam: The Witch from Mercury – September 25, 5 pm
  • Reincarnated as a Sword – September 28, 11:30 pm
  • Legend of the Galactic Heroes: Die Neue These – Intrigue – September 30, 7 am
  • My Master Has No Tail – September 30, 10:30 pm
  • Uzaki-chan Wants to Hang Out! Season 2 – Oktober 1, 10 pm
  • SPY x FAMILY Part 2 – Oktober 1, 11 pm
  • BEAST TAMER – Oktober 2, 10 pm
  • Management of a Novice Alchemist – Oktober 3, 9 pm
  • Shinobi no Ittoki – Ooktober 4, 8 pm
  • Encouragement of Climb: Next Summit – Oktober 5, 12 am
  • The Eminence in Shadow – Oktober 5, 10:30 pm
  • Akiba Maid War – Oktober 6, 11 pm
  • Bibliophile Princess – Oktober 6, 10:30 pm
  • Welcome to Demon School! Iruma-kun3 – Okotber 8, 6:25 pm
  • Blue Lock – Oktober 9, 1 pm
  • Peter Grill and the Philosopher’s Time – Super Extra – Oktober 10, 12:30 am
  • LOVE FLOPS – Oktober 13, 12:05 am
  • The Lies We All Tell – Oktober 16, 2 pm

Sohor Kini