Bilibili iaitu antara platform penstriman animasi utama di Asia Tenggara telah ditawarkan secara rasmi di Malaysia dan juga Singapura. Bersama dengan pelancaran ini mereka juga telah mengumumkan akan menawarkan 35 kandungan anime baharu seperti Overlord IV dan The Devil is a Part-Timer! Musim 2 yang akan menjadi sebahagian daripada ratusan kandungan sedia ada.

Daripada 35 kandungan tersebut, 9 kandungan akan ditawarkan secara eksklusif di Bilibili iaitu;

  • Tokyo Mew Mew New
  • Utawarerumono: Mask of Truth
  • When Will Ayumu Make His Move?
  • Extreme Hearts
  • TEPPEN!!!!!!!!!: Laughing ’til You Cry
  • Engage Kiss
  • Smile of the Arsnotoria the Animation
  • Doomsday With My Dog
  • Dropkick on My Devil!!! Musim 3

Selain itu, Bilibili juga menawarkan kandungan oleh pengguna seperti sesi bermain permainan video, ulasan anime dan juga tutorial untuk cosplay.

Bilibili boleh di akses melalui laman web dan juga aplikasi untuk iOS dan Android. Dengan langganan RM10.90 sebulan atau RM84.90 setahun.

Sohor Kini