Nintendo pada Julai lepas telah mengumumkan pengambil-alihan Dynamo Pictures, sekaligus membentuk Nintendo Pictures. Kini, proses pengambil-alihan tersebut dilihat telah selesai, dan Nintendo secara rasminya memperkenalkan laman rasmi untuk Nintendo Pictures.

Dibawah Nintendo Pictures, ia dijangka akan memfokuskan kepada pembangunan filem dan juga kandungan visual menggunakan pelbagai IP dibawah Nintendo. Dengan langkah ini, kita akan melihat pelbagai filem dan siri animasi menggunakan watak-watak dan IP milik Nintendo dibangunkan.

Antara projek pertama untuk mereka sudah semestinya animasi Super Mario Bros yang akan melibatkan Chris Pratt yang akan ditayangkan bermula pada 7 April 2023.

Sohor Kini