Nintendo dan Illumination telah mengumumkan yang filem Super Mario Bros telah ditunda ke 7 April 2023 berbanding sepatutnya ditayangkan pada akhir tahun ini. Mereka tidak mengatakan sebab penundaan ini akan tetapi meminta maaf kerana peminat terpaksa menunggu lebih lama.

Filem Super Mario Bros sebelum ini telah mengumumkan yang Chris Pratt akan menyuarakan watak Mario, dan berikut adalah senarai pelakon lain yang telah diumumkan;

  • Chris Pratt – Mario
  • Charlie Day – Luigi
  • Anya Taylor-Joy – Peach
  • Jack Black – Bowser
  • Seth Rogen – Donkey Kong
  • Keegan-Michael Key – Toad
  • Fred Armisen – Cranky Kong

Filem ini akan diarahkan oleh Aaron Horvath dan Michael Jelenic, manakala Matthew Fogel akan menjadi penulis lakon layar.

Sohor Kini