Hanya sekitar tiga bulan lalu, Google menjamin kepada pengguna yang perkhidmatan penstriman permainan video mereka iaitu Google Stadia tidak akan dimatikan. Semalam berita yang tidak begitu mengejutjan tiba, di mana Google mengesahkan yang perkhidmatan Stadia akan ditamatkan sepenuhnya pada 18 Januari 2023 akan datang.
Terkini, Ubisoft telah mengumumkan permainan yang dibeli melalui Stadia kelak boleh dipindahkan ke PC melalui Ubisoft Connect. Tetapi buat masa ini bagaimana masih tidak dikongsi lagi. Kesan kepada pelanggan Ubisoft+ turut akan dijelaskan di masa akan datang.
Bagi mereka yang tidak mempunyai PC dan membeli permainan di Stadia kerana ingin menikmati perkhidmatan penstriman, usah risau kerana Google akan memulangkan semua wang untuk segala pembelian permainan video, pembelian dalam permainan video dan segala produk fizikal seperti alat kawalan Stadia kepada pelanggan jika ia dibeli di Google Store.