Tiga Janda Melawan Dunia adalah filem aksi komedi mengenai tiga orang janda yang menjual perisa vape untuk mengumpul duit beli tiket VIP konsert Aiman Zalimi (lakonan Norman Hakim).

Tiga janda ini adalah Midah, Rohayu dan Ani lakonan Khatijah Tan, Normah Damanhuri serta Raja Azura. Jualan mereka ini mengancam perniagaan dadah sekumpulan jenayah lalu diculik dan dari situ mulalah aksi komedi yang menggelikan hati.

Filem ini diarahkan oleh Hyrul Anuar dengan skrip oleh beliau bersama Nazri M. Annuar. Tiga Janda Melawan Dunia kini diumumkan akan tiba di Netflix pada 15 Oktober akan datang.

Filem ini ketika ditayangkan menerima sambutan yang cukup baik, kerana memberi peluang kepada pelakon veteran untuk kembali bersinar di panggung wayang. Ketika awal tayangan, GSC turut memberi jaminan pulangan wang jika penonton tidak terhibur.

Sohor Kini