GSC telah memperlihatkan keyakinan mereka terhadap filem Tiga Janda Melawan Dunia dengan menawarkan bayaran balik untuk tiket bagi filem tersebut jika penonton merasakan filem tersebut tidak menghiburkan.

Jika anda tidak menyukai filem tersebut, anda boleh mengisi borang yang disediakan di pautan ini, dan perlu menyatakan sebab mengapa tidak menyukai Tiga Janda Melawan Dunia dan apa yang boleh ditingkatkan.

Pembayaran balik dikatakan akan mengambil masa lebih kurang 21 hari dan anda harus bersetuju untuk menunggu jika inginkannya. Ia juga hanya terhad kepada tayangan bermula pada 20 Mei sehingga 22 Mei 2022 sahaja.

Tiga Janda Melawan Dunia adalah filem arahan Hyrul Anuar dan juga ditulis oleh beliau bersama dengan Nazri Vovinski. Antara pelakon yang terlibat adalah Khatijah Tan, Normah Damanhuri, Raja Azura, Norman Hakim dan Rosnah Mat Aris.

Sohor Kini