Ryan Murphy adalah pakar dalam siri seram dan jenayah. Antara karya beliau yang popular adalah American Horror Story (AH Story) dan terkini yang sedang tular adalah DAHMER: Monster: The Jeffrey Dahmer Story.

AH Story adalah siri seram antologi yang mengubah genre seram dengan melibatkan ahli sihir, malapetaka, kisah sarkas yang seram/ngeri, rumah sakit jiwa yang lain daripada yang lain. Walaupun di Hulu sudah ada yang baharu iaitu, AH Stories ia lebih kepada kisah sampingan untuk watak-watak dalam AH Story.

Terkini, Ryan Murphy kembali dengan AH Story baharu iaitu American Horror Story: New York City. Jalan cerita masih tidak didedahkan lagi, tetapi ia akan disiarkan pad 19 Oktober akan datang dengan 10 episod. Antara pelakon yang terlibat adalah; Joe Mantello, Billie Lourd, Zachary Quinto, Russell Tovey, Leslie Grossman, Charlie Carver, Sandra Bernhard, Isaac Powell, Denis O’Hare dan Patti LuPone.

Tidak pasti lagi sama ada ia akan disiarkan di Disney+ Hotstar ataupun tidak seperti AH Stories. Tetapi memandangkan siri ini dihasilkan oleh 20th Television yang merupakan sebahagian daripada Disney Television Studios ia mungkin akan disiarkan di Disney+ Hotstar juga seperti kedua-dua AHS.

Sohor Kini