DAHMER: Monster: The Jeffrey Dahmer Story adalah siri TV kisah benar Netflix mengenai pembunuh bersiri/kanibal yang melakukan jenayah pada lewat 70-an ke awal 90-an. Dalam adaptasi Netflix ini, Jeffrey Dahmer dilakonkan oleh Evan Peters dan siri ini dihasilkan oleh Ryan Murphy yang pakar dalam menghasilkan siri seram/ngeri seperti American Horror Story dan American Crime Story.

Siri ini mula disiarkan pada 21 September lalu dan hanya dalam masa satu minggu ia telah menjadi siri TV yang paling kerap ditonton kerana berada di tempat pertama Top 10 Netflix peringkat global dengan 196,200,000 jam tontonan.

Di Malaysia, siri ini turut berada dalam senarai Top 10 di tempat keempat. Netflix tidak mendedahkan jumlah jam tontonan di Malaysia. DAHMER: Monster: The Jeffrey Dahmer Story adalah siri TV yang sangat popular dan tidak berhenti dibincangkan di Internet, seperti memuji prestasi lakonan Evan Peters dan juga kecam Netflix kerana tidak berhubung dengan keluarga mangsa dan mereka yang terlibat dengan kes ini.

Siri ini telah menewaskan banyak rekod siri TV Netflix untuk seminggu pertama siaran. Contoh, The Sandman hanya mencapai sekitar 127 juta jam. Jika dibandingkan dengan siri jenayah lain iaitu Inventing Anna, minggu pertama hanya 77 juta jam dan hanya minggu kedua baru ia mencapai lebih 195 juta jam tontonan. Tetapi Dahmer masih tidak boleh tewaskan Stranger Things 4 yang minggu pertama mencapai lebih 286 juta jam tontonan.

Sohor Kini