The White Lotus adalah siri TV dark comedy yang mengisarkan pengunjung dan juga para pekerja di hotel di sebuah pulau. Hari demi hari sepanjang percutian, semakin banyak tragedi menimpa yang tidak diduga. Pelbagai drama, perkara misteri, pembunuhan, cemburu, salah buat keputusan, bercinta, dadah, penganiayaan dan banyak lagi semuanya berlaku dalam satu tempoh yang singkat.

Baca: Apa Kami Tonton Minggu Ini? #13

Siri TV ini akan diteruskan dengan musim kedua, di mana kali ini ia akan berlaku di sebuah hotel di Sicilia pula. Seperti musim pertama, musim kedua ini turut akan mendedahkan banyak rahsia para pengunjung dan juga pekerja di hotel ini.

Musim kedua melibatkan pelakon seperti F. Murray Abraham, Jennifer Coolidge, Adam DiMarco, Beatrice Grannò, Meghann Fahy, Jon Gries, Tom Hollander, Sabrina Impacciatore, Michael Imperioli, Theo James, Aubrey Plaza, Haley Lu Richardson, Will Sharpe, Simona Tabasco, and Leo Woodall.

The White Lotus diarah dan ditulis oleh Mike White; Sementara White, David Bernad dan Mark Kamine adalah penerbit. Musim kedua ini akan disiarkan di HBO Go pada 31 Oktober akan datang.

Sohor Kini