Musim kedua untuk Squid Game sudah pun diumumkan sejak bulan Jun lalu dengan Gi-Hun sah bakal kembali. Siri TV Korea Selatan paling popular Netflix ini dikatakan akan disiarkan pada tahun 2024 dengan perancangan akan menyertakan Leonardo DiCarpio untul musim ketiga.

Ketika acara TUDUM, butiran musim kedua didedahkan di mana ia akan mempunyai penceritaan baharu dan permainan lain yang lebih mencabar. Sementara menanti perkembangan untuk musim baharu, Netflix telah kongsi klip yang tidak pernah digunakan dalam Squid Game musim pertama.

Dalam klip ini, ia mendedahkan siapa Front Man dan beliau sedang dipantau oleh seseorang. Front Man adalah ketua permainan dalam siri TV ini, di mana beliau adalah Hwang In-ho yang dilakonkan oleh Lee Byung-hun.

Sohor Kini