Jika sebelum ini pengarah untuk siri popular Squid Game, Hwang Dong-hyuk mengatakan yang Squid Game akan diteruskan dengan musim kedua akan tetapi tidak disahkan oleh Netflix.

Namun, hari ini ketika Netflix Geeked, Netflix telah mengumumkannya secara rasmi.

Sebelum ini, Hwang Dong-hyuk mengatakan yang siri tersebut telah menerima permintaan yang tinggi untuk musim seterusnya, yang secara tidak langsungnya memaksa untuk mereka melakukannya.

Selepas pengumuman ini, beliau juga berkongsi satu mesej baharu dan mengatakan ia mengambil 12 tahun untuk hadir dengan musim pertama dan mengambil 12 hari untuk menjadi rancangan paling popular di Netflix.

Beliau juga mengatakan yang Gi-hun akan kembali, Front Man akan kembali, lelaki yang memakai sut bersama ddakji akan kembali dan juga akan dipekenalkan dengan teman lelaki Young-hee, Cheol-su.

Musim pertama Squid Game telah menerima 111 juta tontonan kurang daripada sebulan ia disiarkan. Squid Game mengisahkan 456 peserta dalam sebuah permainan pertempuran royal, di mana mereka semua perlu lawan semasa sendiri tidak kira hidup atau mati untuk merebutkan ganjaran 45.6 bilion won atau sekitar RM166 juta.

Sohor Kini