Permainan Kad Politiko Edisi 3.0 Kini Dilancarkan

Permainan kad Politiko adalah permainan kad buatan Malaysia yang mempunyai pelbagai elemen berkait dengan politik-politik di Malaysia. Dengan Pilihanraya Umum Ke-15, semakin menghampiri, Centaur Games telah mengumumkan edisi baharu untuk permainan tersebut iaitu Politiko 3.0 Peninsula Edition.

Antara kemaskini yang disertakan di dalam edisi terbaru ini adalah, Elah (Schemes) baharu, termasuk juga kad yang mempunyai dua fungsi sama ada sebagai Elah ataupun sebagai Undi. Selain itu, parti-parti politik juga menerima ‘kuasa’ tersendiri.

Buat masa ini ia hanya menyertakan elemen-elemen politik yang memfokuskan kepada semenanjung Malaysia, dan mereka ada perancangan untuk menyertakan Sabah dan Sarawak akan tetapi akan mengambil lebih masa untuk memastikan ia dilakukan dengan baik.

Anda boleh dapatkan Politiko 3.0 Peninsula Edition di laman rasmi ataupun di Shopee.

Sohor Kini