Beberapa hari lepas, pengarah siri TV popular Netflix Squid Game mengesahkan yang musim kedua akan memulakan penggambaran pada tahun 2023 dan akan disiarkan pada tahun 2024. Musim kedua dikatakan masih akan berlaku di Korea Selatan.

Bukan itu sahaja, menurut pengarah iaitu Hwang Dong-hyuk, bajet untuk musim kedua telah dipertingkatkan dan permainan yang akan pemain main juga telah ditetapkan.

Apabila ditanya sama ada Squid Game akan melibatkan pelakon Hollywod, Hwang Dong-hyuk menyatakan Leonardo DiCaprio adalah peminat siri TV ini dan jika tiada halangan dalam perancangan, pelakon ini mungkin akan dijemput untuk menyertai Squid Game musim ketiga.

Hwang Dong-Hyuk turut sedang membangunkan satu kisah komedi satira berasaskan pembangunan Squid Game dengan judul The Best Show on the Planet. Di mana komedi satira ini akan menceritakan bagaimana siri TV ini boleh menjadi popular.

Sohor Kini