Squid Game adalah K-Drama yang paling popular setakat ini. Berbeza dengan k-drama lain, Squid Game ditonton oleh lebih 100 juta pengguna dari seluruh dunia. Ia mengisahkan sekumpulan orang yang terdesak memerlukan duit dan perlu bermain permainan yang merisikokan nyawa masing-masing untuk menang wang.

Kejayaan Squid Game amat hebat sehinggakan permainan video akan dihasilkan dan musim kedua turut sedang dibangunkan.

Pencipta Squid Game, Hwang Dong-Hyuk kini sedang membangunkan satu kisah komedi satira berasaskan pembangunan Squid Game dengan judul The Best Show on the Planet. Ia masih di peringkat awal, dan komedi satira ini akan menceritakan bagaimana Squid Game diminati oleh ramai orang dalam sekelip mata.

Ini mungkin adalah satu konsep seakan filem The Disaster Artis yang dihasilkan berdasarkan filem kultus The Room.

Sohor Kini