Dengan pelancaran permainan bola sepak terbaru mereka, FIFA 23 pada 30 September ini, syarikat tersebut juga akan memperlihatkan perisian anti-mengelat terbaru mereka yang dinamakan EA Anti Cheat ataupun EAAC.

Sistem anti-mengelat terbaru ini akan mencari kod-kod sistem mengelat pada tahap kod kernel sebuah sistem operasi untuk memastikan bahawa pemain permainan ini tidak mengelat dari segi input permainan dan sebagainya.

EA mengatakan bahawa oleh kerana sistem anti-mengelat ini mengesan kod sehingga ke tahap kod sistem operasi, ia hanya akan diaktifkan apabila sebuah permainan EA sedang berjalan, dalam kes ini ialah FIFA 23.

Mereka juga berjanji bahawa perisian ini tidak akan digunakan untuk mengumpul data komputer ataupun konsol pengguna seperti sejarah layaran web, fail-fail peribadi dan sebagainya. Malah, EA mengatakan bahawa EAAC ini tidak akan diimplimentasi dalam semua permainan mereka, dan hanya akan digunakan untuk permainan-permainan tertentu, mungkin seperti Call of Duty yang mempunyai mod multi-pemain yang menyeluruh.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi jika EA akan memperkenalkan EAAC pada permainan-permainan lain mereka.

Sumber: Tom’s Hardware

Sohor Kini