Steam telah mengumumkan hab baharu untuk pengguna gedung permainan digital tersebut yang akan lebih memudahkan pencarian permainan yang diinginkan. Fungsi ini sudah tiba di Labs sebelum ini dan kini diperkenalkan secara penuh kepada semua pengguna.
Bagi menggunakan hab ini, pengguna boleh memilih mana-mana kategori seperti Casual, Rogue-Like, Free to Play dan Story-Rich. Kemudian, hab baharu ini akan diperlihatkan yang membolehkan pengguna untuk memilih pelbagai tema ataupun genre yang berbeza.
Hab ini juga akan mengutamakan permainan-permainan yang terdapat di dalam senarai hajat untuk lebih memudahkan pengguna untuk melihatnya. Selain itu, bahagian featured juga akan memfokuskan permainan-permainan yang sama dengan permainan yang anda pernah main sebelum ini.
Hab baharu ini sudah tiba untuk semua pengguna melalui pelayar ataupun melalui aplikasi Steam.