Ahsoka adalah watak Star Wars yang digemari ramai. Beliau muncul kali pertama dalam animasi Clone War. Beliau adalah spesis Torgruta dan versi aksi nyata mula muncul dalam The Mandalorian, lakonan Rosaria Dawson. Ahsoka turut disahkan akan mempunyai siri TV tersendiri nanti di Disney+.
Terkini, The Hollywood Reporter telah melaporkan pelakon bagi satu watak yang turut akan dikenali ramai iaitu Ezra Birdger. Pelakon yang bertanggungjawab adalah Eman Esfandi. Ezrea muncul kali pertama dalam Star Wars Rebel dengan suara oleh Taylor Gray.
Ahsoka akan mengisarkan beliau mengembara di angkasa mencari Grand Admiral Thawn yang pernah mengetuai Empire. Sinopsis penuh masih belum didedahkan lagi buat masa ini. Tetapi sumber menyatakan Hayden Christensen akan kembali sebagai Anakin, beliau akan disertai oleh Mary Elizabeth Winstead, Ivanna Sakhno, Natasha Liu Bordizzo dan Ray Stevenson sebagai penjahat misteri.
Siri TV ini akan disiarkan di Disney+ pada sekitar tahun 2023 nanti.