Siri TV Ahsoka Akan Tiba Di Disney+ Pada Tahun 2023

Ahsoka adalah satu lagi siri TV sampingan aksi nyata Star Wars yang akan disiarkan di Disney+ Hotstar. Ia adalah watak terkenal dalam siri animasi Star Wars: The Clone Wars dan Star Wars: Rebels yang mana disuarakan oleh Ashley Eckstein.

Spesis Torgruta ini mula muncul dalam bentuk aksi nyata dalam siri The Mandalorian, lakonan Rosaria Dawson. Beliau adalah Padawan kepada Anakin Skywalker. Siri TV aksi nyata ini akan berlaku sekitar masa yang sama The Mandalorian iaitu lima tahun selepas The Return of the Jedi, selepas Darth Vader mati.

Di acara Star Wars Celebration Anaheim 2022, siri ini disahkan akan mula disiarkan pada tahun 2023. Masih tiada senarai pelakon dan jalan cerita penuh untuk siri ini, sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini