House of the Dragon Disahkan Menerima Musim Kedua

HBO hari ini telah mengumumkan yang House of the Dragon iaitu siri baharu berdasarkan dunia Game of Thrones telah disahkan akan menerima musim kedua. Musim pertama untuknya baru sahaja mula disiarkan pada Isnin lepas.

Episod sulung untuk siri ini dikatakan telah menerima lebih 20 juta tontonan di Amerika Syarikat sahaja yang mengakibatkan aplikasi HBO Max tidak berfungsi buat sementara waktu kerana trafik terlalu tinggi.

House of the Dragon adalah siri yang berlaku 200 tahun sebelum permulaan untuk Game of Thrones. Ia memfokuskan kepada kejadian yang membawa kepada perang saudara di dalam House of Targaryen iaitu Dance of the Dragon.

House of the Dragon boleh ditonton di HBO Go dengan episod baharu tiba setiap hari Isnin. Anda boleh baca ulasan kami di pautan berikut; Ulasan House of The Dragon – Melenyapkan Memori Buruk GoT Dengan Hembusan Naga Targaryen.

Sohor Kini